PEMAIN Real Madrid menjalani latihan menjelang aksi separuh akhir kedua Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich. FOTO EPA-EFE

ZINEDINE Zidane membuat kejutan dengan menggugurkan Casemiro dalam kesebelasan utama Real Madrid bagi aksi separuh akhir kedua Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich di Santiago Bernabeu, sebentar lagi.

Ini kali pertama Casemiro memulakan perlawanan di bangku simpanan pada peringkat kalah mati yang menyaksikan Mateo Kovacic disenarai bersama tiga pemain tengah disamping Toni Kroos dan Luka Modric.

Sekali lagi, bintang Wales Gareth Bale tidak disenaraikan dengan Karim Benzema membantu Cristiano Ronaldo bagi menjana serangan Real. 

Lucaz Vazquez pula mengemudi pertahanan kanan untuk menggantikan Dani Carvajal yang mengalami kecederaan. 

Bayern dalam pada itu kehilangan beberapa pemain utama termasuk Javi Martinez, Jerome Boateng, Arjen Robben, Arturo Vidal dan Manuel Neuer. 

Corentin Tolisso menggantikan Martinez di bahagian tengah manakala Niklas Suele dibawa masuk bagi mengawal pertahanan tengah. 

James Rodriguez, yang dipinjamkan Real kepada Bayern juga berada dalam kesebelasan utama Bayern.

Berikut adalah kesebelasan utama kedua-dua pasukan.

Bayern Munich (4-4-1-1)

Sven Ulreich; Joshua Kimmich, Mats Hummels, Niklas Suele, David Alaba; Thomas Mueller (capt), Thiago Alcantara, Corentin Tolisso, Franck Ribery; James Rodriguez, Robert Lewandowski

Real Madrid (4-3-3)

Keylor Navas; Lucas Vazquez, Sergio Ramos (capt), Raphael Varane, Marcelo; Mateo Kovacic, Luka Modric, Toni Kroos; Marco Asensio, Cristiano Ronaldo, Karim Benzema

- AFP

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Mei 2018 @ 2:35 AM