KLOPP tolak semua dakwaan Liverpool sedia bayar RM334 juta untuk dapatkan Fekir. -Foto AFP
KLOPP tolak semua dakwaan Liverpool sedia bayar RM334 juta untuk dapatkan Fekir. -Foto AFP
AFP

JURGEN Klopp menafikan laporan yang menyatakan Liverpool sudah bersetuju untuk mendapatkan penyerang Lyon, Nabil Fekir selain berminat juga terhadap pemain sayap Barcelona, Ousmane Dembele.

Laporan di Perancis mendakwa, Liverpool sudah bersedia membayar AS$85 juta (RM334 juta) untuk menandatangani Fekir.

Namun bos Reds itu menegaskan, penyerang antarabangsa Perancis itu tiada di dalam radarnya.

Komen Klopp itu hadir selepas pemilik Lyon, Jean-Michel Aulas menafikan bahawa Fekir akan berhijrah ke Anfield.

“Ketika perlawanan sedang berlangsung kami sudah bersetuju dengan perpindahan ini? Kalau begitu saya sendiri cukup terkejut,” katanya.

Sementara itu, Klopp mengakui beliau juga akan berasa terkejut sekiranya Dembele mahu berhijrah ke Liverpool selepas bintang Perancis itu baru saja menyertai Barcelona dari Borussia Dortmund tahun lalu.

“Siapa nama kedua? Ousmane Dembele? Dia sedia untuk berhijrah? Sekarang saya cukup berminat untuk mendapatkannya,” selorohnya.

“Saya tidak akan membuat sebarang komen mengenai isu perpindahan pemain,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Mei 2018 @ 11:09 AM