JUARA dunia empat kali, Lewis Hamilton catat masa sepusingan terpantas pada sesi kelayakan. FOTO EPA-EFE
AFP

LEWIS Hamilton kembali menemui prestasi untuk mengesahkan petak pertama menjelang Grand Prix Sepanyol ketika dia memecahkan rekod catatan sepusingan terpantas pada sesi kelayakan hari ini.

Juara dunia empat kali itu memecahkan rekod di litar dengan kepantasan 1:16.173 saat, 0.040s mendahului rakan sepasukan dari Finland, Valtteri Bottas sekali gus menjadikan petak pertama dan kedua milik Mercedes.

Ia adalah petak pertama milik Hamilton musim ini selepas permulaan di Australia, serta yang ketiga berturut-turut di Sepanyol serta ke-74 dalam kariernya.

Ia meranapkan hasrat Sebastian Vettel untuk menduduki petak pertama buat kali ketiga berturut-turut.

Juara empat kali dari Jerman, Vettel mengemudi Ferrari untuk kedudukan ketiga terpantas di depan rakan sepasukan yang juga juara 2007 dari Finland, Kimi Raikkonen dan Max Verstappen serta Daniel Ricciardo.

“Saya memerlukan petak ini - saya tidak mempunyai masa walaupun sekejap,” kata Hamilton yang mendahului Vettel dalam kedudukan pemandu dengan empat mata selepas empat perlumbaan.

“Dan Mercedes di kedudukan satu dua di sini, ia menakjubkan. Ia persekitaran yang baik dengan kehadiran peminat British dan Sepanyol yang ramai menyokong kami, ia juga hebat!”.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Mei 2018 @ 1:24 AM