MODRIC tetap menjadi sandaran Dalic. FOTO/AFP
AFP

ZAGREB: Luka Modric, Ivan Rakitic dan Mario Mandzukic mengetuai skuad awal 32 pemain Piala Dunia yang disenaraikan pengurus Croatia, Zlatko Dalic, semalam.

Croatia tampil ke pusingan akhir Piala Dunia buat kali kelima dan diundi di samping juara dua kali Argentina, Nigeria dan Iceland dalam Kumpulan D.

“Saya harap setiap pemain kekal sihat... kami akan melakukan sedaya mungkin untuk menepati jangkaan peminat kami,” kata Dalic.

Masih ada beberapa pemain yang terbabit dengan pertandingan ketika dua pemain Real Madrid, Modric dan Mateo Kovacic serta pemain Liverpool, Dejan Lovren akan beraksi pada final Liga Juara-Juara, 26 Mei ini.

Croatia berdepan Brazil pada perlawanan persahabatan 3 Jun depan di Anfield dan Senegal lima hari kemudian di Osijek sebelum berlepas ke Russia.

Skuad Piala Dunia mesti dimuktamadkan kepada 23 pemain pada 4 Jun depan.


RAKITIC (tengah) antara pemain yang bakal mengetuai cabaran skuad Croatia di Russia. FOTO/AFP

Skuad Croatia:

Penjaga gol: Danijel Subasic (AS Monaco/FRA), Lovre Kalinic (Gent/BEL), Dominik Livakovic (Dinamo Zagreb), Karlo Letica (Hajduk Split).

Pertahanan: Vedran Corluka (Lokomotiv Moscow/RUS), Domagoj Vida (Besiktas/TUR), Ivan Strinic (Sampdoria/ITA), Dejan Lovren (Liverpool/ENG), Sime Vrsaljko (Atletico Madrid/ESP), Josip Pivaric (Dinamo Kiev/UKR), Tin Jedvaj (Bayer Leverkusen/GER), Matej Mitrovic (Club Brugge/BEL), Borna Barisic (Osijek), Zoran Nizic (Hajduk Split), Duje Caleta-Car (Salzburg/AUT), Borna Sosa (Dinamo Zagreb).

Tengah: Luka Modric (Real Madrid/ESP), Ivan Rakitic (Barcelona/ESP), Mateo Kovacic (Real Madrid/ESP), Milan Badelj (Fiorentina/ITA), Marcelo Brozovic (Inter Milan/ITA), Marko Rog (Naples/ITA), Mario Pasalic (Spartak Moscow/RUS), Filip Bradaric (Rijeka).

Penyerang: Mario Mandzukic (Juventus/ITA), Ivan Perisic (Inter Milan/ITA), Nikola Kalinic (AC Milan/ITA), Andrej Kramaric (Hoffenheim/GER), Marko Pjaca (Schalke/GER), Ante Rebic (Eintracht Frankfurt/GER), Duje Cop (Standard Liege/BEL), Ivan Santini (Caen/FRA).

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Mei 2018 @ 9:38 AM