PENGURUS Southampton, Mark Hughes ditawar kontrak baharu. FOTO Reuters
Reuters

SOUTHAMPTON berharap pengurus pasukan, Mark Hughes akan menerima tawaran kontrak baharu di St. Mary selepas menyelamatkan kelab daripada penyingkiran Liga Perdana Inggeris musim ini, kata Pengerusi, Ralph Krueger.

Bekas bos Stoke City - Hughes menandatangani kontrak jangka pendek dengan Southampton pada Mac lalu dan membantu Saints kembali berada dalam saingan kelompok elit selepas kekalahan 0-1 kepada Manchester City, hujung minggu lalu.

“Kami mula berbincang selepas tamat perlawanan menentang Swansea dan ia akan diteruskan lagi minggu ini. Ia satu perbincangan yang cukup baik,” kata Krueger kepada Sky Sports.

“Beliau datang ke sini bersama kumpulan sendiri, dan mereka memang cukup serasi seperti sarung tangan. Mereka menerima budaya Southampton dan nilai yang kami ada. Mereka mengadaptasi dan mempraktikkan segala-galanya dalam tempoh 10 hari, ia memang gila.

“Diharapkan kami akan terus bersama dan membangun bersama dengan cara ini.

Hughes mengemudi Southampton meraih dua kemenangan dan dua kali seri dalam lapan perlawanan liga.

Kemenangan terakhir ke atas Swansea City (1-0) membolehkan Saints meraih tempat ke-17, sekaligus mengelak daripada tersingkir ke Liga Kejuaraan musim depan

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Mei 2018 @ 12:55 PM