HEYNCKES (dua dari kanan) empat kali bergelar jurulatih Bayern. FOTO/AFP
AFP

BERLIN: Jupp Heynckes akan menutup tirai selepas empat kali bergelar jurulatih Bayern Munich awal pagi Ahad dan memberi amaran kepada gergasi Jerman itu untuk tidak lagi memanggilnya ketika berusia 80 tahun.

Heynckes akan mengemudi Bayern untuk kali terakhir pada final Piala Jerman berdepan Eintracht Frankfurt dengan jurulatihnya, Niko Kovac akan mengambil alih kerusi panas di Munich.

Pengendali berusia 73 tahun, Heynckes mengambil alih tugas mengemudi pasukan pada Oktober lalu - buat kali keempat selepas Carlo Ancelotti dipecat.

Dia boleh meninggalkan kelab itu dengan dua kejayaan selepas Bayern menang gelaran Bundesliga dengan jurang besar 21 mata.

“Kami mahu memberikan persembahan baik buat penyokong dan mencipta satu lagi kehebatan,” kata Heynckes.

Dia juga memberi amaran buat Kovac yang akan menggantikannya musim depan.

“Ia sememangnya tugas sukar, kerja sepanjang masa,” kata Heynckes, yang memegang rekod 1,037 perlawanan Liga Jerman sebagai pemain atau jurulatih.

“Menjadi jurulatih di Bayern ialah peluang hebat – namun ia juga komitmen besar.”

Bagaimanapun, dia menegaskan tidak akan kembali buat kali kelima sebagai jurulatih.

“FC Bayern sepatutnya tidak lagi meminta saya ketika saya berusia 80 tahun, itu sudah berakhir buat saya,” kata Heynckes.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Mei 2018 @ 8:31 AM