Unai Emery. FOTO REUTERS
BBC

ARSENAL bersedia untuk melantik Unai Emery sebagai pengurus baru skuad Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Penolong pengurus Manchester City dan bekas kapten Gunners, Mikel Arteta turut diletakkan selaku calon utama untuk menggantikan Arsene Wenger.

Emery muncul pilihan sebulat suara berikutan proses pencarian semua calon berpotensi untuk jawatan itu.

Khidmat pengendali berusia 46 tahun Sepanyol itu diperolehi selepas meninggalkan Paris St-Germain (PSG).

Unai menjulang gelaran Ligue 1 dan empat piala kejuaraan domestik Perancis sepanjang dua tahun mengendalikan kelab itu.

Dia sebelum ini membawa Sevilla meraih tiga gelaran Liga Europa antara 2014 dan 2016.

Bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger, 68, meninggalkan Gunners pada penghujung musim selepas 22 tahun membimbing kelab London Utara itu dengan tiga kejayaan EPL serta tujuh Piala FA termasuk dua gelaran berganda.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Mei 2018 @ 12:34 PM