KENNY DALGLISH
KENNY DALGLISH
Reuters

LEGENDA Liverpool, Kenny Dalglish dianugerah pingat tertinggi sempena sambutan ulang tahun kelahiran Ratu Elizabeth yang diumumkan semalam.

Dalglish, 67, kini bergelar Sir menang tiga gelaran Liga Juara-Juara dan enam kejuaraan liga kebangsaan ketika zaman sebagai pemain dan terbabit dalam pengurusan kelab berkenaan dalam dua musim.

Sepanjang terbabit sebagai pengurus, dia membawa Liverpool tiga kali menjuarai liga termasuk kejayaan berganda pada 1986 dan muncul pengurus/pemain pertama mencapainya.

Dia juga disanjung dalam peranannya membantu mangsa tragedi runtuhan Stadium Hillsborough.

“Pastinya anugerah ini diberikan oleh individu berpendidikan dan ilmu pengetahuan yang lebih tinggi berbanding saya untuk menilai sama ada saya benar-benar layak menerima anugerah ini dan saya amat berbesar hati  menghargai atas anugerah yang mereka berikan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Jun 2018 @ 8:02 AM