DIEGO COSTA
DIEGO COSTA

DIEGO Costa disenaraikan sebagai penyerang utama Sepanyol, manakala Nacho beraksi sebagai bek kanan dalam kesebelasan utama skuad jurulatih baharu, Fernando Hierro dalam aksi pertama menentang Portugal bagi saingan Kumpulan B, di Sochi, sebentar lagi. 

Pasukan itu dilihat bakal memulakan aksi dengan kesebelasan utama seperti ketika di bawah kendalian Julen Lopetegui, yang dipecat pada Rabu lalu berikutan pengumuman beliau bakal mengemudi kelab Real Madrid selepas Piala Dunia.

Pemain serba boleh Madrid, Nacho menjadi pilihan berbanding Alvaro Odriozola di pertahanan kanan, manakala Dani Carvajal masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan selepas beraksi di final Liga Juara-Juara untuk Real. 

Penyerang Atletico Madrid, Costa mengetuai serangan selepas Hierro mengemudi Sepanyol buat pertama kali, cuma selepas 48 jam dilantik ke jawatan berkenaan. 

Kapten Portugal, Cristiano Ronaldo yang mengetuai pasukannya menjulang Piala Eropah, bakal berdepan tiga rakan sepasukan di Real Madrid, termasuk Bruno Fernandes.

Berikut adalah senarai kesebelasan utama Portugal dan Sepanyol.

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Jun 2018 @ 1:55 AM
Digital NSTP Subscribe