PEMAIN England, Dele Alli (kanan) berjalan menuju ke bilik persalinan selepas dikeluarkan kerana kecederaan paha. FOTO AFP
PEMAIN England, Dele Alli (kanan) berjalan menuju ke bilik persalinan selepas dikeluarkan kerana kecederaan paha. FOTO AFP
AFP

PERANCANG tengah England, Dele Alli akan menjalani pemeriksaan imbasan hari ini, berikutan kecederaan paha yang dialaminya ketika bertemu Tunisia.

Alli dilihat bergelut sebaik menuju penghujung babak pertama dalam aksi di Volgograd tetapi kekal bermain sehingga minit ke-80 sebelum digantikan Ruben Loftus-Cheek.

Jaringan minit akhir Harry Kane memastikan kemenangan 2-1 buat England dalam aksi pembukaan Kumpulan G dan Alli kelihatan berbahaya sepanjang permainan.

Bintang Tottenham itu mempunyai tempoh selama enam hari untuk pulih sebelum aksi menentang Panama, Ahad ini, dengan Marcus Rashford dan Loftus-Cheek berpotensi menggantikannya.

“Kami perlu terus memantau Dele,” kata Southgate selepas perlawanan semalam.

“Dia seakan menahan kesakitan hanya sebelum rehat separuh masa tetapi merasakan boleh meneruskan.”

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Jun 2018 @ 10:10 PM