GELAGAT penyokong pasukan Peru. Foto REUTERS
GELAGAT penyokong pasukan Peru. Foto REUTERS
AFP

RAKYAT Peru meratap apabila negara itu muncul pasukan pertama dari Amerika Selatan tersingkir daripada saingan Piala Dunia, selepas gagal meledak sebarang jaringan dalam dua perlawanan.

Dari pergunungan Andes hingga ke hutan Amazon, negara itu meraikan penampilan pertama di Piala Dunia selepas 36 tahun, namun kecewa apabila tewas menerusi satu jaringan kepada Perancis.

"Kami sudah tersingkir," kata Fernando Zelada selepas menyaksikan Peru tewas di skrin gergasi di daerah Miraflores, Lima.

"Kekalahan adalah menyakitkan, lebih mengecewakan adalah kerana kesilapan. Tiada pasukan yang mengatasi kami. Kami perlu menangisi kekalahan dan menderita," kata Zelada, 49.

"Kami tersingkir kerana penalti Cueva. Semudah itu," menurut wartawan, Miguel Hidalgo menerusi Twitter, merujuk kepada kegagalan Christian Cueva menyempurnakan sepakan penalti ketika menentang Denmark pada perlawanan pertama ketika Peru tewas 0-1.

"Pasukan kami melakukan terlalu banyak hantaran, namun terlalu sedikit untuk meledak jaringan," kata pengulas televisyen, Eddie Fleischman.

Di Lima dan sekitar negara itu, ribuan memakai jersi dengan menyaksikan perlawanan di dataran awam, kedai, bar dan restoran.

Perkampungan Oxampampa di Amazon, komuniti Asli Yanesha mewarnakan muka mereka bagi perlawanan itu, memukul gendang menyaksikan perlawanan di televisyen.

"Bangga dengan pemain. Kami bina untuk pasukan lebih baik pada masa depan," menurut jurucakap kongres Peru, Mario Bryce.

Bagaimanapun, secara keseluruhan, penyokong mereka tetap memuji persembahan pasukan yang tewas dengan melawan.

"Tewas tidak bermakna terus kecundang," kata penulis Peru, Jeronimo Pimentel menerusi akaun Twitter. "Peru bersaing di tahap yang tinggi. Ia tidak memihak kita pada ketika ini."

 

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Jun 2018 @ 8:50 AM