CAVANI (dua dari kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. -Foto Reuters
CAVANI (dua dari kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. -Foto Reuters

SAMARA: Uruguay melakar kemenangan selesa mengatasi tuan rumah Russia 3-0 pada saingan Piala Dunia sebentar tadi.

Kemenangan itu membolehkan Uruguay mendahului Kumpulan A hasil daripada jaringan disempurnakan Luis Suarez menerusi sepakan percuma, gol sendiri Denis Cheryshev dan gol pada lewat perlawanan Edinson Cavani.

Russia bagaimanapun sudah layak ke pusingan kalah mati bersama Uruguay selepas memenangi dua perlawanan pertama mereka, namun terpaksa beraksi 10 pemain apabila Igor Smolnikov di arah keluar padang kerana dilayangkan kad kuning kedua selepas 36 minit beraksi.

Suarez menyumbat gol pembukaan pada minit ke-10 yang juga gol ketujuhnya di Piala Dunia dan Uruguay terus menjarakkan kedudukan pada minit ke-23 apabila percubaan Diego Laxalt melantun dan terkena kaki Cheryshev.

Gandingan Suarez dan Cavani menyempurnakan kemenangan buat Uruguay hasil percubaan jarak dekat pada minit ke-90 dan ia adalah gol pertama Cavani di Piala Dunia. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Jun 2018 @ 12:48 AM