PENYOKONG Jerman kecewa dengan dua gol minit akhir Korea Selatan. FOTO/AFP
PENYOKONG Jerman kecewa dengan dua gol minit akhir Korea Selatan. FOTO/AFP
AFP

BERLIN: Selepas nyanyian “selamat tinggal” terhenti, peminat Jerman terus bertindak balas terhadap keputusan memalukan juara bertahan, Jerman yang tersingkir pada pusingan pertama Piala Dunia.

Malah, keputusan itu turut dianggap sebagai “sejarah memalukan” buat bola sepak Jerman.

“Mimpi ngeri Piala Dunia kami sudah menjadi kenyataan,” kata akhbar Bild.

Walaupun sebelum wisel penamat ditiupkan di Kazan Arena, Russia, penyokong di Berlin sudah mula meninggalkan bandar itu selepas kecewa dengan prestasi Jerman ketika menentang Korea Selatan.

Perkataan “Raus (tersingkir)” dan “Auf Wiedersehen (selamat tinggal)” bermula dari zon penyokong selepas pasukan itu mengalami kekalahan buruk 0-2 kepada Korea Selatan.

“Ini bukan juara dunia, mereka tidak melawan,” kata Oliver Fischer, 27, yang memakai jersi Jerman.

“Kami benar-benar patut tersingkir, kami tidak melawan, tiada keberanian, tiada idea!”

Kebanyakan penyokong bersedih dan meletakkan tangan di kepala sebagai tanda tidak percaya pasukan mereka sudah tersingkir daripada Piala Dunia.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Jun 2018 @ 6:40 AM