MATHLOUTHI (tengah) ketika jalani latihan bersama rakan sepasukan. -Foto Reuters
Reuters

 

SARANSK: Tunisia akan menggunakan penjaga gol ketiga, Aymen Mathlouthi dan pemain penyerang, Fakhreddine Ben Youssef sebagai penggantinya pada aksi terakhir Piala Dunia menentang Panama, awal pagi esok selepas FIFA menolak permintaan skuad itu untuk menambah penjaga gol gantian.

Penjaga gol pertama dan kedua Tunisia tidak dapat beraksi gara-gara kecederaan dan mereka menerbangkan Moez Ben Cherifia dari Esperance ke Moscow semalam dengan harapan dia dapat bersama ke dalam skuad.

Bagaimanapun Persekutuan Bola Sepak Tunisia hari ini berkata permintaan itu ditolak FIFA dan mereka perlu menggunakan pemain yang ketika ini berada di dalam skuad.

Tunisia kehilangan penjaga gol utama, Mouez Hassen hanya selepas 16 minit perlawanan pertama menentang England apabila mengalami kecederaan bahu ketika perlanggaran dengan Jesse Lingard.

Farouk Ben Mustapha bersama pasukan ketika tewas 2-1 di Volgograd dan turut beraksi sewaktu tewas 5-2 kepada Belgium di Moscow sebelum mengalami kecederaan ligamen lutut semasa menjalani latihan pada Selasa.

FIFA hanya membenarkan penggantian kecederaan di Piala Dunia sehinga 24 jam sebelum perlawanan pertama pasukan.  

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Jun 2018 @ 9:36 PM