KHAZRI (kiri) meraikan gol jaringan kemenangan Tunisia ketika menentang Panama. FOTO AFP
Reuters

SARANSK: Pemain Tunisia, Wahbi Khazri menyumbat jaringan pertama dan meledak gol kedua untuk membolehkan pasukan Afrika utara berkenaan meraih kemenangan pertama di Piala Dunia dalam tempoh 40 tahun menewaskan pasukan yang tampil buat kali pertama, Panama dalam aksi terakhir Kumpulan G, sebentar tadi.

Fakhreddine Ben Youssef menyempurnakan hantaran Khazri pada minit ke-51 untuk memadamkan jaringan sendiri pemain pertahanan, Yassine Meriah pada babak pertama apabila terkena bola percubaan pemain sayap Panama, Jose Luis Rodriguez pada minit ke-33.

Tunisia yang tampil buat kali kelima di Piala Dunia mendominasi dan mendahului selepas minit ke-66 apabila Khazri menolak masuk bola hantaran rendah. 

Tunisia adalah pasukan Afrika pertama menang perlawanan di Piala Dunia apabila menewaskan Mexico di Argentina pada 1978 namun sejak itu, seri empat perlawanan dan tewas sembilan kali termasuk 5-2 kepada Belgium pada Sabtu lalu.

Kedua-dua pasukan gagal melepasi peringkat kumpulan dengan Belgium dan England layak ke kelompok 16 terbaik untuk pusingan kalah mati.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Jun 2018 @ 4:29 AM