EJEN Rabiot juga dilaporkan turut mengadakan rundingan dengan kelab lain seperti Barcelona, Manchester United, Juventus dan Manchester City. FOTO Agensi
EJEN Rabiot juga dilaporkan turut mengadakan rundingan dengan kelab lain seperti Barcelona, Manchester United, Juventus dan Manchester City. FOTO Agensi
Agensi

LONDON: Tottenham Hotspur mahu menandatangani pemain tengah Paris Saint-Germain (PSG), Adrien Rabiot pada musim panas ini, lapor media di Perancis.

Pemain berusia 23 tahun itu yang mencuri tumpuan apabila menolak menjadi pemain yang perlu bersedia dipanggil menyertai skuad Piala Dunia Perancis pada Mei lalu hanya mempunyai baki kontrak selama setahun di Parc des Princes.

Majalah France Football mendakwa Spurs mahu mengambil kesempatan di atas situasi yang melanda Rabiot berhubung kontraknya bersama PSG, dan menjadikan dia keutamaan untuk dibawa masuk ke White Hart Lane.

Ejen yang juga ibunya, Veronique dilaporkan sudah mengadakan rundingan dengan beberapa kelab gergasi Eropah termasuk Barcelona, Manchester United, Juventus dan Manchester City.

Arsenal ketika di bawah kendalian Arsene Wenger turut dikaitkan dengan Rabiot, tetapi dia kini bersedia untuk berpindah ke Spurs.

Pengurus Spurs, Mauricio Pochettino difahamkan mahu mendapatkan khidmat Rabiot bagi memperkuatkan pasukannya dalam misi menjadi juara liga biarpun dijangka kehilangan Mousa Dembele yang dikaitkan dengan kelab di China.

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Julai 2018 @ 10:54 AM