ARENA Satu. FOTO NSTP

REKOD tercipta di kejohanan badminton 100PLUS Sirkit Remaja Kebangsaan Grand Final yang menyaksikan pemain kelahiran Kota Belud, Sabah, Arena Satu Samin meraih gelaran dalam acara perseorangan perempuan bawah 16 tahun, hari ini. 

Arena berjaya melakar hatrik selepas muncul juara sirkit pertama dan kedua Zon A, namun dia tidak diberi laluan mudah sebelum muncul juara dengan kemenangan 17-21, 21-14, 21-16 mengatasi pemain Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Isabel Liau. 

“Pergerakan dan nafas tidak begitu baik kerana sebelum ini jadual perlawanan saya di sebelah petang, jadi masa untuk berehat sedikit pendek. Saya dapat menyesuaikan diri di set kedua dan sudah tahu rentak lawan untuk memastikan kemenangan hari ini,” kata Arena. 

Sementara itu, final perseorangan lelaki menyaksikan Ong Ken Yon dari Melaka meraih gelaran pertama peribadi selepas menundukkan juara sirkit pertama Zon A, Desmond Anthony Samin dari Sabah 22-20, 23-21. 

“Gelaran juara pertama untuk saya sudah tentu sesuatu yang membanggakan dan menjadi pembakar semangat. Desmond pantas dan mempunyai kemahiran yang baik. Saya hanya mengikut rentak permainannya dan menanti peluang meraih mata,” kata Ken Yon. 

Aksi beregu lelaki memperlihatkan dominasi gandingan Rayner Beh Chun Meng-Goh Boon Sze dari Pulau Pinang yang melakar kemenangan 21-17, 11-21, 21-16 mengatasi pasangan BAM, Muazzam Danish Hanafi-Muhd Haikal Nazri. 

Melengkapkan aksi final kategori bawah 16 tahun, pasangan kembar dari Kedah, Cheng Su Hui-Cheng Su Yin yang muncul juara acara beregu perempuan. 

Pasangan yang berasal dari Alor Setar itu menamatkan aksi final dengan kemenangan 21-11, 21-11 ke atas Goh Pei Kee-Isabel Liau Bei Yi dari BAM. 

“Lawan kami nampak gemuruh sepanjang permainan. Kami hanya fokus pada perlawanan dan perancangan ditetapkan. Sudah tentu kami bangga menang sebagai pasangan kembar,” kata Cheng Su Hui.

Hadiah kepada pemenang disampaikan Presiden BAM, Datuk Seri Norza Zakaria. 

Sirkit pertama berlangsung pada Mac, diikuti Mei bagi sirkit kedua dan Grand Final berlangsung dari 4 hingga 8 Julai di Seremban menjadi pentas akhir bagi kategori bawah 12, 14 dan 16 tahun dalam acara perseorangan serta beregu lelaki dan perempuan edisi 2018.

 

Keputusan Perlawanan

 

Bawah 12 Tahun

Perseorangan lelaki: Yeow Chun Her mn Lok Hong Quan 21-14, 17-21, 21-11

Perseorangan perempuan: Siti Zulaikha Mohd Azmi Tan mn Tan Zhing Hui  21-11, 21-15

Beregu lelaki: Aaron Tai Wei Qin-Yeow Chun Cher mn Toh E Hern-Wee Yee Tern 21-19, 24-22

Beregu perempuan: Carmen Ting Wei Men-Dania Sofea Zaidi mn AngJia Yee-Adiyna Anuar 22-20,  21-9

 

Bawah 14 tahun

Perseorangan lelaki: Muhd Fazriq Razif mn Justin Hoh Shou Wei 21-19, 21-13

Perseorangan perempuan: Lee Xin Jee-Goh Shuen Tong 21-9, 11-21, 21-11

Beregu lelaki: Justin Hoh Shou Wei-Muhd Fazriq Mohd Razif mn Choi Jian Sheng-Dylan Ooi Ding Sheng 21-12,  21-16

Beregu perempuan: Lee Xin Jee-Tai Jo Yi mn Oh Jia Qi–P Bhavatharani 21-19,  21-14

 

Bawah 16 tahun

Perseorangan lelaki: Ong Yen Kon mn Desmond Anthony Samin  22-20, 23-21

Perseorangan perempuan: Arena Satu Samin mn Isabel Liau BeiYi  17-21, 21-14, 21-16

Beregu lelaki: Rayner Beh Chun Meng-Goh Boon Zhe mn Muazzam Danish Hanafi-Muhd Haikal Nazri 21-17, 11-21, 21-16

Beregu perempuan: Cheng Su Hui-Cheng Su Yin mn Go Pei Kee-Isabel Liau Bei Yi 21-11, 21-11

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Julai 2018 @ 7:38 PM