X
PERTAHANAN Manchester United, Luke Shaw. FOTO Agensi
PERTAHANAN Manchester United, Luke Shaw. FOTO Agensi
Reuters

PERTAHANAN Manchester United, Luke Shaw percaya dia memiliki bentuk badan persis bekas penyerang kelab itu Wayne Rooney sekali gus merasakan tidak wajar untuk terus dikritik kerana berat badannya.

Shaw dikritik beberapa kali oleh bos United, Jose Mourinho dan pengurus terdahulu Louis van Gaal akibat masalah berat badan dan kecergasan, dengan penyokong dan pengkritik turut mencemuhnya.

"Sudah tentu orang boleh mengatakan saya gemuk, tetapi saya tahu keadaan fizikal saya," kata Shaw kepada media. "Saya memang kelihatan gemuk kerana saya mempunyai bentuk badan yang besar tetapi sebenarnya saya mempunyai jenis fizikal yang mirip dengan Rooney."

Walaupun Mourinho menyatakan kritikan terbuka terhadap Shaw, pertahanan England itu berkata pengurus dari Portugal itu ada menghubunginya ketika cuti musim panas untuk membakar semangatnya.

"Ia seperti dapat menghirup udara yang segar apabila dia menghubungi saya," katanya. "Saya tidak menyangka sama sekali... Saya bercakap dengannya dan ia begitu positif.

“Ia membuatkan saya lebih yakin untuk menghadapi saingan musim depan."

Shaw setakat ini beraksi dalam semua tiga aksi pra-musim United dan berharap untuk mengekalkan tempatnya apabila mereka berdepan Liverpool dalam saingan Piala Juara-Juara Antarabangsa, esok.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Julai 2018 @ 12:09 AM