JURGEN Klopp (kiri) memaklumkan skuad yang dibentuk sudah cukup kuat dan mampu bersaing di Liga Perdana. Foto EPA
JURGEN Klopp (kiri) memaklumkan skuad yang dibentuk sudah cukup kuat dan mampu bersaing di Liga Perdana. Foto EPA
AFP

JURGEN Klopp cuba untuk mengurangkan harapan tinggi kepada pasukannya namun Anfield kini dibayangi keterujaan bahawa Liverpool mampu menamatkan kemarau tiga dekad bergelar juara di England.

Sering diangkat sebagai pencabar tradisi Manchester United selain Manchester City dan Chelsea, Liverpool menjadi kelab paling tinggi berbelanja di Liga Perdana pada jendela perpindahan baru-baru ini dengan £170 juta (RM887 juta).

"Kita sudah membentuk skuad yang cukup kuat dan mampu bersaing di Liga Perdana dengan harapan mampu berjaya sebaik mungkin," kata Klopp.

Latihan kelab turut bermula awal bagi membolehkan penjaga gol dari Brazil, Alisson Becker dan perancang tengah Fabinho, Naby Keita serta Xherdan Shaqiri mempunyai masa yang mencukupi menyesuaikan diri dan mereka akan membuka kempen bertemu West Ham malam esok.

Tidak seperti Luis Suarez dan Philippe Coutinho yang meninggalkan Liverpool, Mohamed Salah dan Roberto Firmino menandatangani kontrak baru.

Walaupun tidak meraih trofi sejak ketibaan pengendali dari Jerman pada 2015, Reds kini semakin membina kekuatan.

Kemaraan ke final Liga Juara-Juara pada Mei tahun lalu sebelum tewas kepada Real Madrid membuktikan kemampuan Liverpool dibawah kendaliannya selain terdapat ruang yang boleh ditingkatkan.

Walapun membelasah Manchester City 5-1 dalam suku akhir Liga Juara-Juara, anak buah Klopp menamatkan saingan 25 mata di belakang juara Liga Perdana musim lalu itu.

"Juara adalah Manchester City, mereka tidak kehilangan pemain dan membawa masuk (Riyad) Mahrez, jadi ia tidak menjadikan mereka lemah," tegas Klopp yang menjelaskan Liverpool kekal sebagai pasukan bukan pilihan.

"Kami masih Rocky Balboa dan bukan Ivan Drago. Kami yang perlu berusaha dengan kuat, ia perlu menjadi karektor kami."

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Ogos 2018 @ 11:06 AM