WILLIAN akui sedia tinggalkan Chelsea jika Sarri tidak ganti tempat Conte. -Foto Reuters
AFP

LONDON: Pemain sayap Chelsea, Willian mengakui “tiada peluang” dia akan kekal di kelab berkenaan jika tidak bekas pengurus, Antonio Conte digantikan Maurizio Sarri bulan lalu.

Conte dipecat hanya empat minggu sebelum bermula musim walaupun menang Liga Perdana pada kempen sulungnya dan Piala FA musim lalu.

Bagaimanapun pengendali dari Itali itu tumbang selepas bertelagah dengan beberapa pemain senior dan gagal ke Liga Juara-Juara apabila dia akhirnya disingkirkan selepas berbulan spekulasi mengenai masa depannya.

Willian juga dikaitkan perpindahan keluar dari Stamford Bridge dengan Chelsea menolak tawaran Barcelona pada musim panas lalu.

Namun dia tampak akan kekal di London dengan tarikh akhir perpindahan untuk kelab Liga Perdana kini berlalu, bermakna skuad Blues tidak akan melayan tawaran daripada kelab luar.

“Memang tidak. Tidak,” kata pemain Brazil itu kepada ESPN apabila dia ditanya sama ada akan kekal di kelab jika Conte masih bergelar pengurus selepas kemenangan 3-0 mengatasi Huddersfield pada penampilan sulung Sarri dalam Liga Perdana.

“Saya di sini kerana saya mahu bermain buat Chelsea. Saya hanya akan keluar jika Chelsea mahu saya pergi.”  

 

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Ogos 2018 @ 11:11 PM