MARIO Balotelli. Foto REUTERS
MARIO Balotelli. Foto REUTERS
AFP 

MARIO Balotelli menandatangani perjanjian baharu untuk kekal di Nice meski pasukan lawan, Marseille turut menyatakan minat, umum kelab Ligue 1 itu hari ini.

Penyerang itu yang mempamerkan persembahan hebat sepanjang dua musim lalu di Allianz Riviera menjaringkan 43 gol bagi kelab itu untuk membantunya kembali ke pasukan kebangsaan Itali.

Nice bermula perlahan pada tahun ini di bawah jurulatih baru Patrick Vieira, dengan bekas pemain tengah Arsenal dan Perancis itu mengalami kekalahan di laman sendiri kepada Reims dan juga seri di Caen.

Tetapi keputusan Balotelli yang berumur 28 tahun itu untuk kekal bakal memberi suntikan buat Vieira dan juga pasukan.

“Selepas berfikir dengan teliti, Mario Balotelli memutuskan untuk kekal di OGC Nice,” kata kelab itu dalam satu kenyataan.

“Pemain Itali itu meluahkan keputusannya kepada pengurusan. Ini adalah musim ketiga baginya. Perjanjian itu akan ditandatangani oleh semua pihak pada petang ini.”

Balotelli sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke Serie A, dengan Roma dan Napoli dilaporkan berminat tetapi Marseille dan juga Stade Velodrome turut menyatakan perkara yang sama sebelum berakhirnya bulan ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Ogos 2018 @ 10:31 AM