PEMAIN tenis Sepanyol, Roger Federer (kiri) akan bertemu Nick Kyrgios di pusingan ketiga. FOTO Agensi
AFP

NEW YORK: Roger Federer bakal berdepan dengan Nick Kyrgios pada pusingan ketiga Terbuka Amerika Syarikat esok.

Pilihan kedua yang juga juara lima kali itu merakam kemenangan ke-18 selepas menewaskan pemain Perancis, Benoit Paire 7-5, 6-4, 6-4, semalam.

Federer, 37, yang kini mendahului rekod pertemuan 2-1 sepanjang karier menentang Kyrgios dan aksi esok pasti menjanjikan aksi sengit.

Kyrgios, 23, pula mara ke pusingan ketiga selepas menewaskan seorang lagi pemain Perancis, Pierre-Hugues Herbert 4-6, 7-6 (8/6), 6-3, 6-0.

Bagaimanapun perlawanan itu sedikit tercemar dengan pengadil perlawanan, Mohamed Lahyani kellihatan hilang sabar dengan gelagat pilihan ke-30 dari Australia itu apabila terpaksa turun dari kerusinya dan mengarahkannya beraksi lebih serius.

“Saya mahu membantu kamu,” kata Lahyani.

“Ini bukan gaya kamu. Saya tahu. Kamu sebenarnya pemain tenis hebat.”

Herbert pula mendakwa Lahyani bersikap berlebihan dalam situasi berkenaan.

“Pengadil tidak perlu berbuat demikian. Dia sepatutnya meberitahu pemain supaya berikan tumpuan kepada perlawanan. Jika keadaan seperti ini berterusan, maka saya pula akan memberikan amaran kepadanya,” kata Herbert.

Bos terbuka AS bagaimanapun tidak menyalahkan sesiapa sambil mendakwa tindakan Lahyani turun dari kerusinya disebabkan suasana bising penonton yang mendorongnya berbuat demikian supaya arahannya dapat didengar oleh Kyrgios.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Ogos 2018 @ 8:07 AM