PERTAHANAN England, Harry Maguire. FOTO Agensi
PERTAHANAN England, Harry Maguire. FOTO Agensi
Reuters

LONDON: Pertahanan England Harry Maguire menandatangani kontrak baharu untuk tempoh lima tahun bersama Leicester City, kata kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Pemain 25 tahun itu dikaitkan dengna perpindahan ke Manchester United oleh media British ketika jendela perpindahan akhir musim selepas dia membantu England mara ke separuh akhir Piala Dunia di Russia buat pertama kali sejak tahun 1990.

"Sejak saya datang ke kelab ini, saya sentiasa menghargai layanan baik mereka terhadap saya,” kata Maguire yang akan kekal di Stadium King Power sehingga tahun 2023.

"Mereka memberikan saya peluang beraksi dalam Liga Perdana dan menyediakan platform terbaik untuk saya beraksi di Piala Dunia, jadi saya amat berterima kasih. Saya terhutang budi dan akan terus bersama untuk masa akan datang.”

Maguire beraksi dalam setiap perlawanan liga Leicester musim lalu selepas berpindah dari Hull City pada Jun tahun lalu.

Dia turut tampil dalam keempat-empat perlawanan liga Leicester musim ini, menjaringkan gol dalam kemenangan 2-1 di Southampton dua minggu lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 September 2018 @ 9:28 PM