JUARA baharu Terbuka Amerika Syarikat, Naomi Osaka. FOTO Reuters
JUARA baharu Terbuka Amerika Syarikat, Naomi Osaka. FOTO Reuters
Agensi

TOKYO: Juara baharu Terbuka Amerika Syarikat Naomi Osaka mampu menjadi pemain Jepun pertama menduduki takhta nombor satu dunia, menurut Kimiko Date, bekas pemain Jepun yang mara ke separuh akhir Grand Slam.

Kemenangan ‘straight set’ pemain berusia 20 tahun itu ke atas Serena Williams Sabtu lalu itu dicemari tindakan agresif pemain Amerika Syarikat itu terhadap pengadil.

Kimiko berpendapat kejuaraan Grand Slam pertama Naomi itu adalah menakjubkan.

"Jika dia terus berjaya meningkatkan prestasi seperti dipamerkan sejak dua minggu lalu, tanpa ragu-ragu dia akan menjadi pemain Jepun pertama di puncak ranking tenis dunia, “ kata Kimiko.

"Bukan mudah untuk kekal tenang sejak masuk ke gelanggang sehingga ke mata penamat,” katanya.

Naomi yang dilahirkan di Jepun tetapi membesar di Amerika melonjak ke ranking terbaiknya di tangga ketujuh dunia selepas muncul juara di New York.

Kimiko yang mara ke separuh akhir Wimbledon 1996 menjangkakan Naomi mampu mengikut jejak pencapaian juara dua kali Grand Slam dari China, Li Na.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 September 2018 @ 10:09 PM