PEMAIN Chelsea bersama Hazard yang menjaringkan tiga gol untuk mengatasi Cardiff 4-1 di Stamford Bridge, London, semalam. Foto AFP

EDEN Hazard menjaringkan hatrik ketika Chelsea meneruskan permulaan sempurna di bawah kendalian Maurizio Sarri seterusnya ke persada Liga Perdana dengan kemenangan 4-1 mengatasi Cardiff di Stamford Bridge, London, semalam.

Jaringan pembukaan Sol Bamba mengejutkan skuad kendalian Sarri, namun pemain Belgium itu terlalu hebat buat Cardiff menerusi dua jaringan pantas sebelum tamat babak pertama.

Hazard melengkapkan hatrik menerusi penalti sebelum sepakan menakjubkan Willian melengkapkan kemenangan tujuh minit sebelum tamat permainan.

Kemenangan itu meletakkan Chelsea di atas Liverpool berdasarkan perbezaan gol, manakala Cardiff kekal tanpa kemenangan pada musim pertama kembali ke liga utama.

Sarri menjadi pengurus keempat menang lima perlawanan awal Liga Perdana ketika pengendali dari Itali itu tampak kecewa ketika tuan rumah dilihat lebih berkualiti berbanding pelawat.

Cardiff hanya memungut dua mata ketika seri 0-0 walaupun lebih seorang pemain ketika menentang Newcastle dan Huddersfield sebelum kunjungan ke ibu kota itu. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 September 2018 @ 1:44 AM