TIGER WOODS
TIGER WOODS
AFP

ATLANTA: Tiger Woods hanya ‘selangkah’ untuk menamatkan kemarau kemenangannya selama lima tahun selepas mendahului hari ketiga Kejuaraan Jelajah PGA, dengan kelebihan tiga pukulan, hari ini.

Woods, 42, tampak berada di kelas tersendiri apabila mencatatkan lima bawah par 65 yang menyaksikannya mengumpul keseluruhan 12 bawah par 198 di lapangan Kelab Golf East Lake.

Selepas melakukan birdie pada lubang pertama par empat, bintang golf Amerika Syarikat (AS) itu tidak menoleh ke belakang untuk mencatatkan lima birdie berturut-turut bermula daripada lubang ketiga.

Prestasi baiknya itu hadir menerusi gabungan pukulan iron dan putt menarik, termasuk ketika melakukan putt pada jarak enam meter untuk birdie pada lubang keempat.

Bekas pemain nombor satu dunia itu turut melakukan ‘magis’ pada lubang ketujuh apabila melakukan pukulan iron pada jarak 52 meter sebelum ia singgah kurang dua meter daripada lubang yang dilengkapkan dengan birdie.

Dia begitupun dinafikan kelebihan lebih besar apabila melakukan bogey pada lubang kesembilan dan 16.

“Saya memperoleh permulaan yang baik dan melakukan beberapa pukulan putt yang baik. Syukur Tuhan,” kata Woods. “Saya meletakkan diri saya di kedudukan yang baik juga, jadi saya boleh melakukan beberapa deretan putt.

“Selain daripada lubang ketiga, setiap putt yang lain adalah di kedudukan menaik, jadi ia cukup baik. Saya fikir saya boleh melakukannya, dan ia kemudian masuk.”

Jika berjaya meraih kemenangan, ia adalah kejuaraan ke-80 buat Woods dalam kancah Jelajah PGA untuk menghampiri rekod Sam Snead yang memiliki 82 kemenangan jelajah.

“Saya gembira jika mampu memenangi kejohanan ini. Saya memperoleh kelebihan tiga pukulan. Tetapi beberapa lelaki berada di belakang saya yang turut bermain dengan baik dan kita lihat apa yang berlaku esok.”

Berbaki satu pusingan, Woods ketika ini memimpin carta dengan kelebihan tiga pukulan di belakang Rory McIlroy dan pemain nombor satu dunia, Justin Rose yang melakukan sembilan bawah par.

KEDUDUKAN:

198 - Tiger Woods 65-68-65

201 - Rory McIlroy (NIRL) 67-68-66, Justin Rose (ENG) 66-67-68

204 - Kyle Stanley 69-68-67, Jon Rahm (ESP) 68-68-68

205 - Paul Casey (ENG) 68-71-66, Tony Finau 67-71-67, Billy Horschel 71-65-69

206 - Aaron Wise 70-69-67, Dustin Johnson 69-70-67, Gary Woodland 66-72-68, Xander Schauffele 68-70-68, Justin Thomas 67-69-70

207 - Webb Simpson 69-70-68

208 - Tommy Fleetwood 69-69-70

209 - Hideki Matsuyama (JAP) 72-66-71

210 - Marc Leishman (AUS) 73-69-68, Patton Kizzire 71-71-68, Jason Day (AUS) 68-73-69, Rickie Fowler 65-72-73

212 - Bryson DeChambeau 71-75-66, Cameron Smith (AUS) 70-73-69, Kevin Na 72-68-72, Patrick Cantlay 71-65-76

214 - Brooks Koepka 69-78-67, Francesco Molinari (ITL) 70-75-69

215 - Keegan Bradley 73-73-69, Bubba Watson 70-72-73

218 - Patrick Reed 72-74-72

221 - Phil Mickelson 73-72-76

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 September 2018 @ 10:20 AM