Luka Modric bersama trofi pemain terbaik FIFA. FOTO AFP
AFP

MADRID: Bintang Real Madrid, Luka Modric kembali ke Stadium Luzhniki yang menjadi venue kekalahan Croatia kepada Perancis selaku pemain terbaik dunia.

Buat kali pertama dalam tempoh enam musim di Madrid, Modric tampil dalam Liga Juara-Juara tanpa Cristiano Ronaldo yang sudah dijual serta Gareth Bale yang cedera.

Tiada pemain seperti Kaka, Angel di Maria atau James Rodriguez yang pernah bergandingan bersama pemain berusia 33 tahun itu.

Semuanya bernilai lebih 400 juta euro (RM1.9 bilion), lebih mahal berbanding Modric yang bernilai sekitar 30 juta pound (RM162 juta) pada 2012. 

Namun kini hanya Modric terus bertahan, malah kelab Eropah lain menyaksikan Barcelona menyenaraikan Philippe Coutinho dan Ousmane Dembele menentang Tottenham. 

Manchester United akan membariskan Paul Pogba manakala Paris Saint-Germain bergantung kepada Neymar dan Kylian Mbappe yang semuanya melebihi nilai 100 juta euro (RM480 juta).

"Madrid dalam proses untuk menguatkan skuadnya dengan pemain muda yang bakal menjadi pemain yang hebat," kata presiden kelab, Florentino Perez pada Julai.

Pertahanan kanan berusia 22 tahun, Alvaro Odriozola dijangka tampil buat kali pertama di Liga Juara-Juara selepas ketiadaan Marcelo dan Sergio Ramos. 

Dia dibeli dari Real Sociedad pada harga 35 juta euro (RM168 juta) manakala pemain berusia 20 tahun bernilai 17 juta euro (RM81.6 juta) dari Real Betis, Dani Ceballos mengisi kekosongan Bale ketika menentang Atletico Madrid hujung minggu lalu selain Marco Asensio yang berusia 18 tahun dibeli dengan harga empat juta euro (RM19.2 juta) dari Real Mallorca.

Senarai Madrid ke Moscow menyaksikan kebanyakan pemain hadir menerusi program akademi seperti Dani Carvajal, Nacho, Lucas Vazquez, Mariano Diaz, Marcos Llorente, Kiko Casilla and Sergio Reguilon.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Oktober 2018 @ 3:42 PM