MARK HUGHES
AFP

 

SOUTHAMPTON: Pengurus Southampton, Mark Hughes mengakui kini mempunyai banyak pilihan tetapi dengan kunjungan Chelsea selain bergelut di kedudukan ke-16 liga, beliau perlu meletakkan barisan pemain terbaik.

“Adalah amat penting untuk memiliki lebih baik banyak pilihan,” katanya.

Hughes melakukan rombakan besar ketika mencatat kemenangan ke atas Everton pada saingan Piala Liga apabila melakukan enam pertukaran berbanding ketika tewas 0-2 kepada Wolverhampton Wanderers.

“Kami menguji pelbagai formasi ketika sesi latihan. Pemain sedar mengenai peranan mereka di atas padang sama ada kami menggunakan formasi 4-4-2 atau 3-5-2.

“Shane Long kembali menjalani latihan. Moi Elyounoussi turut berlatih, begitu juga dengan Ryan Bertrand dan Alex McCarthy.

“Kesemua mereka boleh diturunkan,” katanya.

Meskipun tidak berdepan dengan sebarang masalah pemain, kelemahan ketara mereka adalah dalam soal taktik serta memilih barisan pemain terbaik.

Pemain pertahanan, Maya Yoshida yang membantu Jepun mara ke pusingan kedua di Piala Dunia di Russia, gagal memikat hati Hughes di sebalik Southampton bolos 11 gol dalam tujuh perlawanan liga.

Yoshida adalah salah seorang daripada 14 pemain yang dipanggil untuk mewakili negara masing-masing ketika tempoh rehat sepanjang pada Oktober.

Hughes juga perlu memikirkan barisan penyerang terbaik selepas Southampton hanya mampu mengumpul dua mata daripada tiga perlawanan di Stadium St Mary.  

 

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Oktober 2018 @ 8:56 AM