KETUA jurulatih Perak, Mehmed Durakovic. FOTO Owee Ah Chun
KETUA jurulatih Perak, Mehmed Durakovic. FOTO Owee Ah Chun
Azizan Hashim


IPOH: Mehmet Durakovic tidak kisah dengan pemergian lima pemain Perak menyertai latihan pasukan kebangsaan mulai hari ini biarpun perlu membuat persiapan untuk menghadapi perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia bertemu Sabah di Stadium Likas pada 21 Oktober.

"Saya doakan kesejahteraan mereka bersama pasukan kebangsaan dan semoga berjaya mendapat tempat dalam kesebelasan utama pasukan.

"Panggilan mereka baik untuk menambah pengalaman bagi memajukan kerjaya bola sepak masing-masing," katanya.

Lima pemain Perak yang dipanggil ketua jurulatih Tan Cheng Hoe untuk mengikuti kem latihan skuad kebangsaan menjelang aksi persahabatan antarabangsa berdepan  Sri Lanka dan Repbulik Kyrgyz 12 dan 16 Oktober ini ialah Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, Shahrul Mohd Saad, Amirul Azhan Aznan, Kenny Pallraj dan Norhakim Hassan.

Durakovic berkata, pemain sepatutnya berbangga dapat menyarung jersi pasukan kebangsaan kerana bukan semua pemain yang mendapat panggilan.

"Saya tumpang bangga dan seronok dengan pemain-pemain ini kerana mengharumkan nama negeri dan pasukan," tambahnya.

Jurulatih itu berkata, ada rehat lebih kurang dua minggu sebelum aksi kedua dan dalam tempoh tersebut dia akan mempersiapkan pasukan terutama sama ada mengekalkan skuad sedia ada atau menurunkan barisan simpanan berikutan kejayaan 5-0 Perak di pusingan pertama.

"Jangan salah faham. Saya bukan bercakap besar berikutan bekalan selesa dimiliki. Malah perlawanan kedua itu tetap tidak mudah buat kami, " katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Oktober 2018 @ 10:58 PM
Digital NSTP Subscribe