X
GIANNI INFANTINO
GIANNI INFANTINO
Reuters

DOHA: Presiden FIFA Gianni Infantino memuji kemajuan pembinaan infrastruktur Qatar menjelang Piala Dunia 2022 dan yakin kejohanan itu bakal menjadi yang terbaik ketika lawatannya ke negara itu semalam.

Negara kecil Qatar dengan suhu panas dan kekurangan stadium baru sehingga menimbulkan keraguan terhadap kemampuannya tetapi negara padang pasir itu pantas melancarkan projek mega dan berjanji menyiapkan tujuh stadium baru menjelang 2020.

“Anda boleh saksikan kemajuan dilakukan empat tahun sebelum kejohanan bermula,” kata Infantino dalam satu kenyataan selepas beliau melawat Stadium Al Wakrah yang mempunyai kapasiti 40,000 penonton.

“Stadium ini mengagumkan. Jika anda masuk sini anda dapat merasakannya.”

“Piala Dunia Russia adalah yang terbaik tetapi Piala Dunia 2022 di Qatar, saya yakin akan lebih hebat,” kata Infantino.

Aspek logistik kejohanan menimbulkan masalah tahun lalu apabila Arab Saudi, Bahrain, UAE dan Mesir memutuskan hubungan diplomatik, perhubungan dan perdagangan dengan Qatar selepas mendakwa Qatar membiayai keganasan tetapi negara itu menafikannya. -

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Oktober 2018 @ 10:15 AM