RAFAEL NADAL
RAFAEL NADAL
AFP

PARIS: Rafael Nadal menarik diri daripada Paris Masters sekali gus mengesahkan kedudukan Novak Djokovic sebagai pemain nombor satu dunia.

Pengumuman dibuat dalam sidang akhbar yang diadakan secara tergesa-gesa. Nadal berkata, “Otot perut saya rasa tidak selesa sejak beberapa hari terutamanya ketika melakukan servis dan doktor tidak menggalakan saya beraksi.”

Djokovic tiba di Paris dengan mengetahui dia akan merampas kembali slot nombor satu itu yang dilepaskannya dua tahun lalu jika berjaya mengatasi cabaran bintang Sepanyol dalam kejohanan dalam dewan itu yang menyaksikan dia muncul juara empat kali.

Juara Wimbledon dan Terbuka Amerika Syarikat itu muncul pemain pertama memulakan musim di luar 20 teratas dan mengakhirinya di puncak ranking ATP sejak Marat Safin melakukannya pada 2000.

Juara 14 kali Grand Slam itu memulakan cita-cita untuk kembali ke tangga teratas dengan bergaya apabila menewaskan Joao Sousa 7-5, 6-1 semalam, kemenangannya yang ke-19.

Penarikan diri Nadal itu bermakna penyokong terpaksa menunggu lagi untuk menyaksikan aksinya selepas mengalami kecederaan sejak Terbuka Amerika Syarikat.

Nadal terpaksa menarik diri pada separuh akhir Terbuka AS ketika menentang Juan Martin del Potro, awal September lalu akibat kecederaan lutut sekali gus turut tidak dapat beraksi pada separuh akhir Piala Davis menentang Perancis, kejohanan di Beijing dan Shanghai.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 November 2018 @ 11:16 AM