VINICIUS JUNIOR
AFP

MADRID: Santiago Solari merasai kemenangan La Liga pertama bersama Real Madrid namun dia harus berterima kasih kepada pemain berusia 18 tahun, Vinicius Junior selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Real Valladolid, awal pagi tadi.

Solari berjaya mengubah Junior yang kemarau jaringan dan tekanan memuncak di Santiago Bernabeu namun penyerang berkenaan akhirnya berjaya memecahkan kebuntuan sebelum sepakan penalti Sergio Ramos di hujung permainan membolehkan Real mencatat kemenangan selesa.

Madrid tampak menarik nafas lega selepas melihat Rayo Vallecano mendahului 2-1 ke atas Barcelona empat minit sebelum perlawanan tamat di Vallecas.

Bagaimanapun, Ousmane Dembele dan Luis Suarez menjaringkan gol pada minit 87 dan 89 untuk melakukan kebangkitan luar biasa, selepas ketiadaan Lionel Messi.

Ini menyaksikan pasukan bimbingan Ernesto Valverde memiliki kelebihan empat mata di puncak liga, tujuh mata dibezakan dengan Real dan empat mata mengatasi Atletico Madrid, yang sebelum itu mencatat keputusan seri 1-1 menentang Leganes.

Bagi Real dan Solari, kemenangan ini sangat penting. Jaringan pembukaan pada minit ke-83 berpunca darpada jaringan sendiri, Kiko Olivas namun ia berpunca dari larian serta rembatan, Junior.

Junior meraikannya dengan berlari ke arah bangku simpanan dan memeluk Solari. Dia sedar bahawa pemain muda berkenaan adalah yang terbaik berbanding pemain lain, selepas bekerjasama dengan pemain berkenaan di Castilla musim ini.

Jurulatih sebelum ini, Julen Lopetegui membuat keptusan bahawa pasukan Madrid B adalah tempat paling terbaik buat Junior untuk menyesuaikan diri namun sering kali terlepas peluang keemasan menyaksikan reputasi pemain muda itu semakin suram.

Lopetegui kerap mengulangi faktor nasib juga menjadi punca beliau gagal mencatat keputusan baik dan ia terus diambil alih oleh Solari. Junior melepaskan rembatan deras mengenai badan Olivas dan sebelum itu dua percubaannya terkena palang.

“Jika bola tidak masuk ke dalam gawang, anda harus bertenang. Anda harus lupakan peluang yang dicipta sebelum ini. Akhirnya, kami mendapat keputusan positif untuk meningkatkan keyakinan kami,” kata Ramos.

Madrid yang akan beraksi di Liga Juara-Juara Rabu ini menentang Viktoria Plzen mencatat kemenangan pertama dalam enam perlawanan liga dan ia juga bakal meningkat keyakinan diri mereka, selain membina momentum buat jurulatih baru.

“Ini adalah kumpulan pemain yang berpengalaman bukannya kanak-kanak. Mereka juga sudah kembali menemui sentuhan,” kata Solari.

 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 November 2018 @ 9:03 AM