MAURICIO POCHETTINO
MAURICIO POCHETTINO
AFP

WOLVERHAMPTON, United Kingdom: Mauricio Pochettino memuji karakter Tottenham kendaliannya selepas mereka mengekang kebangkitan Wolves untuk meraih kemenangan 3-2 di Molineux.

Pochettino turut berharap anak buahnya belajar sesuatu penting daripada pertembungan sengit itu yang menyaksikan mereka hampir mensia-siakan kelebihan tiga gol.

Namun pengendali Spurs itu turut memuji kualiti semangat juang pemain-pemainnya selepas bekas pertahanan England Gary Neville melabelkan Tottenham sebagai pasukan yang lembik.

“Apabila seseorang memberikan pendapat anda perlu menghormati pendapat berkenaan,” kata Pochettino. “Tetapi iya, saya gembira dari awal lagi.

“Sejak saya tiba di sini, kami membentuk budaya yang bagus tentang perjuangan dan keyakinan. Sukar untuk membinanya tetapi saya amat gembira.

“Ini adalah pasukan yang tampil yakin pada setiap perlawanan. Kami boleh menang atau kalah tetapi kami berjuang habis-habisan dan hari ini usaha itu menakjubkan.”

Harry Kane menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-61 selepas Erik Lamela dan Lucas Moura menjaringkan gol di babak pertama.

Bagaimanapun, dua penalti lewat daripada Wolves menjadikan keadaan kembali genting namun Spurs berjaya bertahan hingga wisel penamat.

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 November 2018 @ 9:06 AM