PEMAIN Itali, Ciro Immobile cuba lepas kawalan pemain Portugal. -Foto EPA
AFP

MILAN: Portugal muncul pasukan pertama layak ke separuh akhir Liga Negara-Negara Eropah apabila terikat 0-0 menentang Itali, - kali kedua menyaksikan tuan rumah diaibkan dalam kejohanan selepas seri tanpa jaringan di San Siro.

Itali, yang menyaksikan pemain pertahanannya, Giorgio Chiellini tampil kali ke-100, menekan Portugal sepanjang tempoh sejam perlawanan dan mencipta banyak peluang melalui gerakan yang menarik.

Namun, mereka hilang penguasaan pada 30 minit terakhir dan membenarkan juara Eropah itu mula mengawal perlawanan.

Portugal meraih tujuh mata selepas tiga perlawanan untuk kekal di tangga teratas kumpulan, dua mata mengatasi Itali yang sudah menamatkan saingan peringkat kumpulan.

Manakala Poland, yang akan bertandang ke Portugal pada Selasa ini, meraih satu mata dan sudah pun tersingkir daripada saingan.

Pada November tahun lalu, Itali gagal layak ke Piala Dunia buat pertama kali dalam tempoh 60 tahun selepas dimalukan Sweden dalam gelanggang yang sama di Milan.

“Kami bergelut pada babak pertama dan keadan cukup sukar,” kata jurulatih Portugal, Fernando Santos.

“Pada 15 minit pertama di babak kedua, kami semakin baik dan tidak lagi tertekan seperti babak pertama. Keputusan ini adalah adil ketika Portugal lebih baik di babak kedua,”

Sebahagian kecil penyokong mencemuh pertahanan Itali, Leonardo Bonucci, yang meninggalkan AC Milan selepas semusim sebelum berpindah ke Juventus pada Ogos.

Dalam pertembungan tadi, Itali memiliki peluang awal menjaringkan gol apabila percubaan jarak jauh Lorenzo Insigne dihalang Rui Patricio dan Ciro Immobile sebelum bola melantun ke melepasi palang gol.

Satu lagi percubaan Pellegrini menerusi tandukan pada minit terakhir perlawanan diselamatkan Patricio.

“Bagi saya, ini satu persembahan menakjubkan pasukan Itali, walapun kami sedikit perlahan di babak kedua, namun kami terlalu hampir untuk menjaringkan gol,”kaya jurulatih Itali, Roberto Mancini.

“Kami berada di landasan yang tepat. Ini adalah kesimbungan kerja keras selepas perlawanan terakhir menentang Poland,”

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 November 2018 @ 8:21 AM