ICARDI (kiri) ledak gol pertama Argentina. FOTO/REUTERS
Reuters

MENDOZA (Mexico): Gol awal Mauro Icardi dan jaringan lewat perlawanan oleh Paulo Dybala membolehkan Argentina meraih kemenangan kedua berturut-turut apabila menewaskan Mexico 2-0 dalam aksi persahabatan, di sini, semalam. 

Icardi bertindak pantas selepas dua minit beraksi apabila penyerang Inter Milan itu meletakkan skuad Piala Dunia Argentina itu di depan, memperdayakan dua pertahanan Mexico menerusi sepakan kaki kiri yang berjaya menerjah gawang lawan. 

Dybala meletakkan Argentina selesa di depan ketika perlawanan berbaki tiga minit sebelum tamat menerusi hasil serangan balas pantas yang diterajui Giovanni Simeone.

Mexico bagaimanapun lebih banyak menguasai bola namun Argentina lebih layak mendapat kemenangan empat hari selepas menang 2-0 di Cordoba.

Peluang terbaik tuan rumah hadir menerusi Jesus Gallardo pada pertengahan babak kedua namun tandukannya itu berjaya diselamatkan penjaga gol gantian Paulo Gazzaniga.

Keputusan itu melebarkan rekod jurulatih sementara, Lionel Scaloni dengan empat kemenangan sejak Piala Dunia, satu seri dan satu tewas. Argentina hanya melepaskan satu gol ketika tewas kepada Brazil 0-1 bulan lalu. 

Mexico kini merekodkan kekalahan kelima sepanjang enam perlawanan sejak mereka tewas di Piala Dunia pada peringkat 16 terbaik selepas tewas kepada Brazil.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 November 2018 @ 12:05 PM