RATU skuasy negara, Datuk Nicol Ann David. FOTO NSTP
Fadhli Ishak


KUALA LUMPUR: Kempen Nicol David di skuasy Terbuka Hong Kong yang menawarkan hadiah AS$164,500 (RM689,148) berakhir seawal pusingan kedua selepas dikejutkan pemain England, Millie Tomlinson, hari ini.

Bekas pemain nombor satu dunia itu tewas set pertama namun bangkit untuk menang dua set berikutnya tetapi ia tidak mampu menghalang Millie untuk meraih dua set terakhir untuk perlawanan berkesudahan 12-10, 0-11, 8-11, 11-7, 11-6 dalam tempoh 49 minit.

Nicol yang juga juara 11 kali diletakkan sebagai pilihan ke-11 dan diberikan bye pada pusingan pertama.

Tahun lalu, dia tewas di peringkat suku akhir.

Millie yang akan bertemu pemain Perancis, Camille Serme bagi memburu peringkat lapan terbaik gembira dengan kemenangan itu.

“Saya amat gembira dan ia mungkin kemenangan terbesar saya. Tiada apa yang saya kalah, dia adalah legenda dan amat biasa dengan gelanggang ini,” kata Millie kepada PSAworldtour.com.

“Menjadi pemain bukan pilihan sentiasa membantu kerana kamu boleh berada di sana dan menikmatinya, tiada tekanan di bahu saya.”

Ng Eain Yow yang menjadi pemain tunggal negara masih beraksi akan bertemu pilihan ketujuh dari Mesir, Mohamed Abouelghar bagi slot ke suku akhir.

Eain Yow  menewaskan pemain England, Ben Coleman dan Joshua Masters masing-masing pada pusingan pertama dan kedua.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 November 2018 @ 8:53 PM