FEDERER (kanan) tewas kepada Zverer pada ATP baru-baru ini. FOTO/AGENSI
Agensi

LONDON: Bekas jurulatih Rafael Nadal, Toni yang juga pakciknya meramalkan Roger Federer tidak akan memenangi sebarang gelaran Grand Slam musim depan.

Federer, 37, dan Nadal, 32, mendominasi saingan Grand Slam sejak 14 tahun lalu bersama Novak Djokovic, 31.

Namun, selepas Alexander Zverer, 21, menewaskan Federer dan Djokovic di final ATP, Toni merasakan generasi pemain baharu sudah ‘menunjukkan peningkatan kualiti yang mendadak’.

“Saya fikir adalah sukar untuk Federer memenangi satu lagi gelaran Grand Slam,” katanya.

Federer memenangi Terbuka Australia pada Januari lalu untuk merekodkan gelaran Grand Slam ke-20 tetapi pemain veteran Switzerland itu bergelut untuk mengekalkan prestasi itu sepanjang kempen 2018.

“Kemenangan Zverev ini adalah satu perkara yang besar untuk tenis,” kata legenda Boris Becker.

“Saya tidak mengatakan ia kerana faktor permainannya, walaupun saya mengatakannya sukar bagi kejohanan yang menggunakan format lima set,” tambah Toni Nadal.

“Saya harus mengakui sebelum ini saya pernah mengatakannya, tetapi Federer berulang kali mengejutkan saya.”

Federer dan Nadal masing-masing pernah menghuni kedudukan nombor satu dunia tahun ini, sebelum Djokovic memenangi Wimbledon dan Terbuka Amerika Syarikat untuk menutup musim di persada ranking.

Zverev kembali ke kedudukan keempat minggu ini memaksa Nadal, 57, yang bersara sebagai jurulatih anak saudaranya pada 2017  memikirkan semula kata-katanya sebelum ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 November 2018 @ 12:55 PM