MOURINHO mungkin berdepan tindakan EUFA akibat tindakan keterlaluan termasuk menyepak botol minuman ketika meraikan kemenangan. FOTO/AGENSI
MOURINHO mungkin berdepan tindakan EUFA akibat tindakan keterlaluan termasuk menyepak botol minuman ketika meraikan kemenangan. FOTO/AGENSI
Agensi

MANCHESTER: Jose Mourinho bagaikan ‘naik gila’ ketika meraikan kemenangan penuh dramatik Manchester United ke atas Young Boys, apabila Marouane Fellaini meledak gol pada masa kecederaan, di saingan Liga Juara-Juara, pagi tadi.

Mourinho menyepak beberapa botol minuman sebelum mengangkat satu set botol minuman dan menghempasnya ke tepi padang, apabila United sah layak ke pusingan 16 terbaik hasil kemenangan 1-0 di Old Trafford.

Sebelum jaringan itu, beliau dilihat cukup tertekan dan melepaskan kemarahan dengan menggoncangkan kepala serta beberapa kali menghayunkan tangan apabila Marcus Rashford terlepas peluang keemasan meledak gol.

Gary Lineker berkata kepada BT Sport: “Jika saya melihat reaksi pengurus seperti itu selepas gagal menjaringkan gol, memang saya akan rasa begitu teruk,”

Namun, Mourinho pantas mempertahankan diri apabila dikritik dengan menegaskan; “Saya mahu ajak mereka duduk di bangku simpanan, sebagai pengurus.

“Tetapi, rasanya lebih baik menghabiskan masa dengan bercuti di Barbados, menonton televisyen dan melayan gajet elektronik,”

Bagaimanapun, pengendali dari Portugal ini mungkin berdepan tindakan EUFA akibat tindakan keterlaluan termasuk menyepak botol minuman ketika meraikan kemenangan.

“Lega” kata Mourinho apabila ditanya adakah beliau sudah berjaya mengurangkan tekanan yang ditanggungnya. “Sebelum ini memang kecewa. Saya tidak gembira, saya kecewa kerana kami gagal menjaringkan gol.

Bekas bintang United, Paul Scholes menyifatkan persembahan skuad bimbingan Maurinho sebagai ‘mengerikan’ - berdasarkan cara mereka layak ke peringkat kalah mati ketika berdepan kelab dari Swiss.

Namun, Mourinho secara sinis membalas kritikan; “Saya mahu sampaikan pesanan kepada semua yang saya sayangi. Saya beraksi di Liga Juara-Juara selama 14 tahun dan layak sebanyak 14 kali. Dua tahun tidak beraksi di Liga Juara-Juara, Saya menang dua kali Liga Europa.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 November 2018 @ 11:31 AM