NAKAGAMI makin bertenaga pada sesi latihan di Jerez. FOTO/AGENSI
NAKAGAMI makin bertenaga pada sesi latihan di Jerez. FOTO/AGENSI
AFP

JEREZ: Penunggang Jepun, Takaaki Nakagami meninggalkan juara dunia MotoGP, Marc Marquez apabila merekodkan masa terpantas pada sesi latihan pra-musim di Litar Jerez, Sepanyol.

Masih segar dengan aksi sulung dalam kancah MotoGP musim lalu, Nakagami yang menggunakan jentera Honda melakukan catatan terpantas 1 minit 37.945 saat (s).

Penunggang Itali dan Ducati, Danilo Petrucci melakukan catatan kedua terpantas, ketinggalan 0.023s yang dilakukannya pada hari pertama sesi latihan, semalam.

Marquez yang menggunakan jentera Honda melakukan masa ketiga terpantas, apabila ketinggalan 0.025s di belakang Nakagami, manakala pelumba veteran Yamaha, Valentino Rossi bergelut untuk mengisi tangga ke-11.

Pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah pula merekodkan masa ke-23 terpantas bersama pasukan baharu, KTM Tech3 dengan catatan terbaiknya 1 minit 40.520s yang dilakukan, semalam.

Sesi latihan seterusnya bagi musim 2019 akan bersambung di Sepang, Malaysia pada Februari ini dengan Marquez yang juga pelumba Sepanyol mengesahkan gelaran dunia kelima MotoGP di Jepun, bulan lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 November 2018 @ 10:30 AM