Mohd Khairie Khalid


KUALA LUMPUR: Kemampuan Harimau Malaya untuk menundukkan Thailand pada aksi separuh akhir pertama Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok jelas tidak diragui penyokong.

Malah ‘pemain ke-12’ itu tidak sabar untuk melihat aksi bertenaga dipamerkan skuad bimbingan Tan Cheng Hoe dan berjanji untuk memberikan sokongan padu tidak mengira di mana mereka berada.

 

Guru Taska, Nur Atikah Saszali, 23

Malaysia 3, Thailand 0

"Walaupun saya tidak meminati sukan bola sepak, tapi apabila membabitkan perlawanan pasukan Malaysia, saya akan tengok. Jadi saya harap Malaysia dapat menang 3-0, ataupun 5-0 terhadap Thailand."

 

Pelajar, Muhd Zahir Mohd Kahar, 20

Malaysia 3, Thailand 1

"Saya harap orang ramai datang ke stadium memberikan sokongan padu kepada pasukan Malaysia. Saya harapkan kemenangan Malaysia supaya aksi timbal balik nanti kita dapat kawal permainan dan mara ke final.”

 

Peniaga, Ramlah Harun, 70

Malaysia 2, Thailand 1

"Walaupun saya hanya saksikan perlawanan di rumah, tapi sebagai rakyat Malaysia, saya menyokong pasukan negara. Jumlah gol tak kisah yang penting kita dapat mencapai kemenangan esok."

 

Peniaga, Mohd Rosli Md Jan, 58

Malaysia 1, Thailand 0

"Saya sokong pasukan Malaysia dan saya harap kita dapat menang dengan Thailand. Saya nak lihat Mat Yo menjaringkan gol."

 

Pekerja swasta, Nursyafiqka Ishak, 27

Malaysia 3, Thailand 0

"Saya harap Malaysia dapat tewaskan Thailand dengan keputusan 3-0 di Bukit Jalil dan juga menang ketika aksi di Thailand untuk mara ke final.

 

Murid Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai,Qadri Zainal, 12

Malaysia 3, Thailand 0

"Saya berdoa agar Malaysia mara ke final Piala AFF, saya tak kisah berapa jumlah gol yang dijaringkan esok, janji pasukan Malaysia menang.

 

Pegawai keselamatan syarikat swasta, Abu Zarim Ahmad, 49

Malaysia 2, Thailand 1

"Saya rasa Malaysia boleh menang, sekurang-kurangnya 2-1. Saya harap Safawi Rasid dan Mat Yo boleh bergandingan bersama dan menjaringkan gol buat Malaysia.”

 

Tukang masak, Aman Yusof, 42

Malaysia 2, Thailand 0

"Saya minat pasukan Malaysia dan saya harap Malaysia dapat menang 2-0.”

 

Kelindan lori, Muhammad Amirul Abdullah, 25

Malaysia 3, Thailand 0

"Saya dapat rasakan Akhyar Rashid dapat jaringkan 2 gol dan 1 gol dari Zaquan Adha. Apapun saya harap pertahanan Malaysia perlu kuat dan perlu ada arkitek di bahagian tengah.”

 

Tukang masak, Taufiq Aziz Che Awan, 35

Thailand 3, Malaysia 0

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 November 2018 @ 11:04 PM
PEMAIN Malaysia meraikan kemenangan selepas menewaskan Myammar 3-0 selepas perlawanan peringkat kumpulan di Stadium Nasional Bukit Jalil. FOTO Asyraf Hamzah