MOURINHO berliku pimpin United. FOTO/AFP
MOURINHO berliku pimpin United. FOTO/AFP
AFP

MANCHESTER: Jose Mourinho menegaskan pemain Manchester United memberikan komitmen sepenuhnya walaupun berulangkali mengkritik prestasi mereka.

Pengurus United berusia 55 tahun itu mendakwa sebarang dakwaan pemainnya beraksi di bawah tahap sebenar kerana tidak menyukainya adalah tidak jujur.

Mourinho yang berang dengan prestasi United dalam dua perlawanan terakhir mereka berkata pemainnya tiada kesungguhan selepas hanya mampu seri 0-0 di tempat sendiri ketika menentang Crystal Palace pada 24 November lalu.

Beliau kemudiannya menganggap pemainnya tiada semangat juang selepas seri 2-2 di Southampton dan tiada pemain United bercakap kepada media selepas tamat perlawanan di Stadium St Mary itu.

Bagaimanapun, terdapat laporan bahawa suasana dalam bilik persalinan tidak harmoni dengan Mourinho memperli pemain tengah Perancis, Paul Pogba.

Mourinho enggan memberi komen situasi itu malahan tidak memberi respon ketika ditanya wartawan mengenai prestasi Pogba di Southampton.

"Adakah anda bertanya atau berkata? Saya tak akan menganalisa pemain secara individu,” katanya.

"Nama yang saya berikan di Southampton dipilih dengan cara positif yang mempamerkan keinginan, bersemangat dan maruah.”

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Disember 2018 @ 8:58 AM