PEMAIN Wolves meraikan gol Jota. FOTO/AFP
Reuters

WOLVERHAMPTON: Diogo Jota menjaringkan gol pertama di Liga Perdana Inggeris ketika Wolverhampton Wanderers melakar kejutan menewaskan Chelsea 2-1 di Molineux, awal pagi tadi.

Ruben Loftus-Cheek meletakkan pelawat di depan pada separuh masa pertama tetapi dua gol hanya dalam tempoh empat minit menerusi Raul Jimenez dan Jota menyaksikan Wolverhampton melakar kemenangan buat kali pertama dalam tempoh dua bulan.

Chelsea kini kini ketinggalan 10 mata di belakang Manchester City dan bakal menanti kunjungan anak buah Pep Guardiola itu Sabtu ini manakala Wolves naik di tangga ke-12 selepas bermula hambar.

JOTA menjaring gol kedua. FOTO/AFP

“Ia persembahan yang bagus termasuk di separuh masa pertama walaupun kami ketinggalan ketika itu.

“Chelsea mempunyai kualiti permainan yang bagus dan taktikal pengurus, Maurizio Saari sangat sukar untuk diatasi. Tetapi akhirnya barisan pemain berjaya melaksanakan tugas dengan baik.

 “Kemenangan ini amat penting. Kredit kepada setiap pemain yang bangkit daripada ketinggalan.

Chelsea di depan minit ke-18 selepas Loftus-Cheek menjaringkan gol untuk perlawanan kedua berturut-turut.

Bagaimanapun Wolverhampton berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan Jimenez minit ke-59 sebelum Jota menambah gol kedua minit ke-63.

“Saya rasa kami beraksi dengan baik sepanjang 55 minit pertama,” kata Sarri.

“Selepas gol pertama yang menyaksikan kami menguasai perlawanan, tiba-tiba kami menjadi pasukan yang berbeza.

“Saya sangat bimbang bukan kerana keputusan hari ini tetapi kerana kami tidak meneruskan rentak konsisten selepas gol pertama itu.”

 

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Disember 2018 @ 7:54 AM