MOURA meraikan gol jaringannya. FOTO/AFP
Reuters

 

LONDON: Tottenham Hotspur yang tewas di tangan Arsenal pada Ahad lalu bangkit dengan bergaya apabila melakar kemenangan 3-1 ke atas Southampton pada saingan Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi.

Perlawanan itu menyaksikan penampilan pengurus baru Southampton, Ralph Hasenhuetti yang secara rasmi akan membimbing kelab itu hari ini dan ia dilihat menjadi pembakar semangat kepada semua pemain untuk memikat hati pengurus baru mereka itu.

Pasukan pelawat ketinggalan hanya selepas minit ke-8 apabila kapten Harry Kane meledak gol menerusi sepakan penjuru sekali gus yang kesembilan untuknya musim ini.

Spurs menambah gol kedua pada babak kedua juga menerusi sepakan penjuru tetapi kali ini giliran Lucas Moura menyumbat gol minit ke-51.

Southampton terus dilanda mimpi ngeri apabila tiga minit kemudian bintang Korea Selatan, Son Heung-min meledak gol ketiga sekali gus yang kedua untuknya musim ini.

Namun Charlie Austin meraih gol saguhati untuk Southampton pada masa kecederaan.

“Ia perlawanan yang agak sukar. Saya rasa kami mampu menambah gol pada 30 minit terakhir berbanding 90 minit ketika bertemu Arsenal.

“Selepas mendahului 3-0 mungkin pemain mula hilang fokus dan mungkin juga mereka beranggapan pemainan itu sudah berakhir. Pada akhirnya, penjaga gol kita, Hugo Loris adalah pemain terbaik perlawanan kerana menyelamatkan beberapa cubaan berbahaya lawan,” kata pengurus Spurs, Mauricio Pochettino. 

 

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Disember 2018 @ 9:43 AM