RAMSEY (tengah) terus dipantau Bayern dan Juventus. -Foto AFP
RAMSEY (tengah) terus dipantau Bayern dan Juventus. -Foto AFP

MUNICH: Bayern Munich terus memantau pemain tengah Arsenal, Aaron Ramsey dengan pemain Wales itu bakal membuat keputusan mengenai masa depannya beberapa minggu lagi.

Ramsey dijangka meninggalkan Stadium Emirates pada musim panas ini apabila kontraknya tamat selepas 10 tahun bersama kelab itu.

Destinasi seterusnya belum diketahui tetapi difahamkan gergasi Bundesliga Bayern berminat membawanya ke Jerman.

Pemain berusia 27 tahun itu bebas menandatangani prakontrak dengan kelab Eropah pada Januari ini dan Niko Kovac berhasrat mendapatkan Ramsey untuk memberi lebih pilihan di bahagian tengah.

Juventus turut mengidam mendapatkan tandatangan Ramsey dan pemain itu mampu meraih gaji £200,000 (RM1 juta) seminggu.

Juve menjuarai tujuh kejuaraan Serie A berturut-turut dan menandatangani Cristiano Ronaldo pada musim panas demi memburu Piala Eropah ketiga dalam koleksi mereka. i

Walaupun dinamakan pemain terbaik Arsenal musim lalu ketika di bawah kendalian Arsene Wenger, Ramsey diberitahu dia tidak mempunyai masa depan di utara London ketika kelab dilihat melindungi kepentingan kewangan jangka panjang.

Ramsey berpindah ke Arsenal daripada Cardiff ketika remaja pada 2008 dan menjaringkan gol kemenangan dalam dua final Piala FA.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Disember 2018 @ 1:21 PM