PEMAIN Chelsea, Willian (kiri) bersama rakan senegaranya, David Luiz. FOTO EPA
Agensi

LONDON: Pertahanan Brazil, Willian berharap rakan senegara David Luiz kekal lebih lama di Chelsea sekali pun kontraknya akan berakhir pada penghujung musim ini.

Luiz yang beraksi di posisi pertahanan tengah merampas semula tempatnya dalam kesebelasan utama Chelsea di bawah kendalian Maurizio Sarri selepas hanya membuat 10 penampilan dalam kempen Liga Perdana di bawah Antonio Conte musim lalu.

Bekas pemain Paris Saint-Germain itu akan mengharungi enam bulan terakhir dalam kontranya bermakna dia kini boleh mula berbincang mengenai potensi perpindahan ke kelab lain.

Sarri pernah menyuarakan hasrat untuk melihat Luiz kekal di Stamford Bridge tetapi di usia 31 tahun ditambah dengan polisi Chelsea membabitkan pemain berusia 30-an, dia tampak hanya akan ditawarkan kontrak lanjutan setahun.

Ketika ditanya mengenai situasi berkenaan, Willian berkata: “Sudah pasti, sudah tentu. Saya mahukannya (Luiz kekal). Kita perlu lihat jika mereka, kelab, mahukannya.

“Saya fikir mereka mahukan khidmatnya. Bagi saya, saya mahu dia kekal.”

Kontrak Willian dijadual berakhir pada penghujung 2020 tetapi wujud beberapa laporan yang mengatakan perbincangan membabitkan lanjutan kontrak sedang berjalan.

Justeru, pemain tengah menyerang itu tidak begitu bimbang dengan situasi berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 January 2019 @ 10:38 PM