X
NOVAK DJOKOVIC
NOVAK DJOKOVIC
AFP

DOHA: Novak Djokovic mengambil masa 55 minit untuk meraih kemenangan sulung 2019 apabila mengetepikan Damir Dzumhur 6-1, 6-2 dalam aksi pusingan pertama Terbuka Qatar, awal pagi tadi.

Jaguh nombor satu dunia itu membuktikan dia mahu meneruskan prestasi musim lalunya ke tahun baharu dengan dominasi permainan ke atas pemain Bosnia di ranking ke-47 dunia itu.

“Ia amat menakjubkan untuk kembali dan membuka aksi dengan kemenangan sebegitu membuatkan saya lebih yakin dan gembira,” kata pemain Serbia itu.

Tambahnya: “Dari segi keputusan dan masa yang diperlukan tampak selesa (tetapi) saya tidak fikir untuk bercakap ianya mudah kerana saya menghormati Dzumhur.”

Djokovic yang memenangi dua gelaran terakhir Grand Slam – di Wimbledon  dan Terbuka Amerika Syarikat untuk menghimpun koleksi 14 trofi utama  melengkapkan penguasaan di bawah masa 1 jam dengan menyempurnakan mata pertama aksi.

Jelas sekali pemain berusia 31 tahun itu mahu menandingi rekod kemenangan 20 Grand Slam Roger Federer.

Aksi permainan kemas Djokovic hadir tepat pada masanya selepas pertembungan berkualiti antara pemain veteran Stan Wawrinka dan pemain sedang meningkat Karen Khachanov.

Bintang Switzerland itu memenangi perlawanan  7-6 (9/7), 6-4 untuk mengatasi halangan Khachanov yang juga pilihan ketiga kejohanan.  

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 January 2019 @ 8:33 AM