X
AARON RAMSEY
AARON RAMSEY
Agensi

TURIN: Pengarah Juventus Fabio Paratici berkata, mereka memantau penuh minat situasi perpindahan Aaron Ramsey dengan pemain tengah itu dijangka meninggalkan Arsenal dengan yuran percuma.

Arsenal memilih untuk tidak menyambung kontrak pemain Wales itu yang tamat penghujung musim ini sekali gus menarik minat beberapa kelab ternama Eropah termasuk Bayern Munich, Juve dan Chelsea.

Paratici berkata, Juventus menyedari mereka perlu menghadapi saingan kelab lain.

“Ramsey pemain yang sangat bagus, beraksi dengan kelab hebat,” katanya kepada Sky Sport 24. “Kontraknya hampir tamat dan kami akan memantau situasi perpindahannya.”

“Buat masa sekarang, dia adalah pemain Arsenal dan bukan kami sahaja yang berminat.”

Juventus mempunyai rekod hebat dalam menandatangani pemain berprofil tinggi dengan perpindahan percuma seperti Paul Pogba, Andrea Pirlo, Sami Khedira, Dani Alves dan Emre Can yang diperolehi tanpa yuran.

Ramsey menyertai Arsenal dari Cardiff pada 2008 dan menjulang tiga kejuaraan Piala FA serta menjaringkan gol kemenangan dalam dua aksi final.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 January 2019 @ 10:52 AM
Digital NSTP Subscribe