PRESIDEN PAFA, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (kiri) ketika hadir pada Majlis Pembukaan Rasmi Layang Layang Flying Academy di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah Ipoh. FOTO Abdullah Yusof
Shaarani Ismail


IPOH: Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) akan bermesyuarat esok bagi membincangkan beberapa perkara termasuk dalam membuat klausa baharu syarat pelepasan dalam kontrak semua pemain skuad The Bos Gaurus.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, walaupun masih belum jelas dengan cadangan klausa berkenaan, tetapi ia menjadi antara perkara yang akan dibincangkan pada mesyuarat esok.

"Secara jujurnya, saya masih belum berapa jelas lagi pemahaman berhubung klausa dalam perjanjian itu. Akan tetapi ia tetap ada kebaikannya.

"Apapun, perkara itu (klausa penamatan) akan dibawa untuk dibincangkan dalam mesyuarat Exco PAFA malam esok," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Akademi Penerbangan Layang Layang di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS), di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) yang dilaporkan bertindak awal sebelum menjadi mangsa 'rundingan belakang' apabila meletakkan klausa pelepasan ke atas semua pemain skuad Red Giants musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 January 2019 @ 9:24 PM