MARDY FISH
MARDY FISH
AFP

LOS ANGELES: Bekas pemain nombor tujuh dunia, Mardy Fish dilantik sebagai kapten Amerika Syarikat bagi edisi Piala Davis berwajah baru, menurut Persatuan Tenis Amerika Syarikat (USTA) hari ini.

USTA dalam kenyataan menyatakan Fish akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan Jim Courier bagi muncul sebagai kapten pasukan kali ke-41.

Fish akan mengetuai cabaran pasukan lelaki Amerika Syarikat pada kejohanan yang kini dirombak dan akan berlangsung di Madrid dari 18 hingga 24 November depan.

“Sejak saya beraksi sebagai pemain profesional dan memahami apa dia Piala Dunia serta keistimewaannya, biarpun sebagai pemain, saya mahu menjadi kapten Piala Davis,” kata Fish dalam satu kenyataan.

“Saya sukakan aspek berpasukan dalam Piala Davis. Satu pengalaman menggembirakan apabila dilantik sebagai kapten,” katanya.

Courier menarik diri sebagai kapten selepas lapan tahun.

Fish, 37, melangkah ke suku akhir dalam tiga daripada empat acara Grand Slam dan memenangi keseluruhan 14 gelaran Jelajah ATP – enam dalam perseorangan dan lapan beregu sebelum bersara pada 2015.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 January 2019 @ 11:13 AM