Mohamed Salah jaring gol kemenangan Liverpool. FOTO AGENSI
Mohamed Salah jaring gol kemenangan Liverpool. FOTO AGENSI
Agensi

LONDON: Liverpool terus mengukuhkan kedudukan di tangga teratas Liga Perdana Inggeris selepas melakar kemenangan 1-0 ke atas Brighton & Hove Albion, sebentar tadi.

Kemenangan itu menyaksikan skuad The Reds kini mengumpul 57 mata selepas mengharungi 22 perlawanan, tujuh mata meninggalkan penghuni tangga kedua, Manchester City.

Bagaimanapun, City berpeluang merapatkan jurang mata itu andai berjaya menewaskan Wolverhampton Wanderers, awal pagi Selasa ini.

Penyerang Mesir, Mohamed Salah muncul wira Liverpool apabila meledak gol tunggal perlawanan menerusi sepakan penalti yang diperoleh pada minit ke-50.

Skuad bimbingan Jurgen Klopp dihadiahkan sepakan penalti selepas pemain tengah Brighton, Pascal Gross mengasari Salah dalam kotak penalti.

Ia kemenangan cukup penting buat anak buah Klopp selepas mengalami kekalahan dalam dua perlawanan terakhir  - tewas 1-2 di tangan City dalam aksi liga dan Wolverhampton dalam saingan Piala FA.

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 January 2019 @ 1:26 AM